03 February 2011

Anugerah Skrin 2010: Senarai "BAD" Dress.

Okay friends, kita mulakan senarai "BAD" Dress dengan dress yang dipakai oleh Kak Vee Vanidah dikaca TV during ASK 2010. Baju tu kiranya opening touch for the event and ouch seribu kali ouch, saya kat rumah tersentap kerana Kak Vee nampak gemuk dan berusia dalam dress biru ini. The beading pun adohai mak, why so over like that? haruske? mesti ke sarat sampai berbentuk V? what is going on? inikah 'fashion' example yang nak diketengahkan kepada rakyat malaysia? biar sarat, biar beading sebegitu, biar potongan out, dan biarkan sleeves 'ala baju india' sebagai highlight, asalkan GLAMOUR? Glamour u think? think again. DINCHHHHHHHHH!
hmm okay, saya rasa saya faham idea disebalik design baju Fauziah Ghaus, chiffon hitam di drape di atas kain 'nude' adalah something new for the KL redcarpet. Tapi, potongan dan overall design untuk baju ini nampak 'amateur' dan it looks cheap. Seakan-akan fokusnya terletak di bahagain dada Fauziah. Better luck next time. DINCHH!!!
ALAMAK. tergamam. what more can i say? DINCHHHHHH!
First of all, Jue, u baru balik dari wedding u ke ni? secondly, this look is so 2003. Thirdly, kenapa rambut you macam tu? u curik rambut palsu siapa ni? Kasut u tu kenapa sebegitu rupa? kiranya u dah pakai baju over dengan rambut yang over dan make up yang over, dan kasut hitam tu sebagai touch 'dressing down'? sorry, but tak jadi kak. I DINCHHH!

Sophie Evans. Cantik orangya, very photogenic. Tapi, kenapa lah u pakai baju sebegini rupa? ini redcarpet event, yang u nak pakai stretchable material ni kenapa? tahukah anda stretchable materials on the red carpet is a big no-no? ia nampak murah dan too casual. Dan kenapa beadingnya dibuat seperti itu? beading yang patternnya seperti arrow yang menghala ke bahagian bawah. OOOps! pls dont ever do this again. Better choice next time. DINCHHHHHH!

OK, ini saya malas nak comment. I'm sure u knw kenapa i 'DINCH'kan gambar ni. Kalau u tak pasti kenapa then u must be sama geng with them ols. Bad taste la dua dua ni. nuff said.

Apakah ini? gadis ni (x tahu apa namanya pun, tapi i pasti dia mesti perasan dirinya artis top) nampak sangat out of place di redcarpet. design apa ke bend ni? berinspirasi sari-kemban ke? kain ni curik dari jakel ke? nampak sangat OFF dan cukup memalukan untuk Malaysian red carpet. thank you dan please don't come again. DINCHHHHH!

Saya pasti ramai yang akan mempersoalkan kenapa saya pangkah baju lisa sebagai "DINCH". Because it is a bad dress. Saya tahu untuk orang umum, Lisa kelihatan sgt cantik pada malam itu. Memang benar, tak dapat dinafikan dia seorang yang sangat cantik dan jelita, dia pakai kain guni pun akan masih lawa. Tapi saya tak bercakap pasal wajahnya, i'm talking about the dress. First of all, the dress is red, very striking red, sudah cukup untuk mencurik perhatian. Dan ditambahkan lagi dengan beading sarat tergantung dari bahu. Tidak cukup itu, ditambahkan lagi beading di bahagian perut. Tak cukup lagi, beading yang tergantung dibahu itu bersambung pula dengan tali tali beading yang akhirnya dikumpulkan di bahagian gelang tangan. sangat OVER. sangat DINCH. The designer should knw when to stop, ni la kita, terikut sangat dengan fesyen indonesia. Claim ur own style dan cuba refer kepada orang yang lebih ber-taste dari kita seperti Valentino, he is over but he knws when to stop.

Adoi kak abby, why la u have to look like that? Kainnya berkedut, kilatnya persis kain satin murah, potongan kain yang semestinya tak kemas, beading yang sangat OFF menampakkan kak abby seperti tidak bersemangat ke red carpet dan bajunya seperti baju dipinjam oleh pereka yang tak bertauliah. DINCHHHH!

Saya tak kenal pun siapa gadis ini tapi yang pastinya dia sangat OFF from head to toe. Shading hidung yang berlebihan menampakkan dia seperti drag queen dan dress yang dipilih juga mungkin diberi pinjam oleh seorang drag queen yang ber-taste rendah, ataupun dipinjam dari butik perkahwinan orang cina yang bersepah di old klang road tu. DINCHHHH!!!

One of Malaysia's most beautiful faces, Amber Chia pun turut hadir di ASK 2010. But too bad, dress multi-tone merah jambu yang dipakai nampak murah dan sangat tidak kena dengan event ini. Pilihan kain yang multitone ni ada baik buruknya. Kalau dibuat betul-betul, boleh menjadi something yang lawa. Rheece Winterspoon pernah memakai dress multitone Nina Ricci berwarna purple di Oscars beberapa tahun lalu and it was a HIT. Baju amber pula seperti baju bridesmaid untuk wedding ber-taste rendah and definitely not for the red carpet. oleh itu, saya DINCHH!

kenapa? mengapa? why oh why. saya malas nak berceloteh banyak, cuba kamu tengok sendiri dan jika kamu tak nampak apa-apa yang tak kena dengan apa yang mereka pakaikan dan if u think they look fine, that means this blog is not for u. Get out. DINCHHHHHHH seribu kali DINCHHHHH

waaah. glamor for u, but definitely not for me. Outfit yang dikenakan oleh aktres seksi Zairina Zainuddin ini agak OFF. Boleh dikatakan, perekanya banyak meluangkan masa untuk menghasilkan baju ini dengan pleating dan beading yang dilakukan tapi hasilnya adalah sebuah baju yang over tapi agak buruk. Dengan wrap bulu yang tak berkualiti, satin kuning yang terkeluar dibawah, dan fokus beading yang entah apa apa, kak zarina, u look tak classy at all. But i dont blame u, inilah red carpet Malaysia, semua orang nak buat OVER dan nak buat glamor habis tapi apakah glamor jikalau tiada CLASS? DINCHHH jadinya.

hmm kak nasha, masih lawa dan stunning. Tapi sayang, the whole look berpotensi untuk menjadi satu look yang lawa. The design idea is there, potongan menarik, material yang interesting tapi seakan-akan motif pinggan mangkuk cina. The thing that bothers me the most is rambut kak nasha yang destroy the whole look. Rambutnya kusut masai dan tampak selekeh. Dress ini boleh dipakai lebih baik sekiranya motif kainnya dikurangkan dari segi warna dan corak dan rambutnya jika disanggulkan ke atas. Now, thats CLASSY. and this is DINCHHHH!

*LONG PAUSE* mhhmm saya speechless. what is this uols?? apa dah jadi? where do i even start? semua benda yang dipakai oleh gadis ini tidak kena, the whole look is just ridiculous! bodysuit/leggings/long sleeve top dipakai bersama dress futuristic ini langsung tidak masuk akal. nak pergi halloween party ke apa ni? kasut tu apa cerita? DINCHHHHHH!

Kalau ya pun, x payah la pose macam tu. I x pasti siapakah gadis ini pada malam itu tetapi waah waaah bukan main lagi. Harus berhati-hati sekiranya mahu memakai warna yang terang seperti 'bright orange' ini kerana jikalau tersilap design akan kelihatan amatlah buruk sekali. Apakah yang sedang berlaku di bahagian perut/pinggang dress ini? is she meant to look like she has a waist that small? why is it there? so that boleh matching-matching dengan kasut? DINCHHH

I must say, Fasha memiliki wajah yang amat cantik but dress yang dipakainya is a total mess! Nampak seperti Fasha memakai tube dress labuci pendek diatas dress hitam yang panjang dan menampal kain chiffon sebagai pelengkap 'look'. Even her pretty face could not save her from this dress. Walaupun dress ini masuk Top 10 best dressed for other blogs, untuk saya dress ini DINCH!

Erra Fazirra's dress was so tasteless lah! I rasa kombinasi warna dan corak kain amat OFF sekali dan the beading just made it worse. Tapi tak dapat dinafikan, kak Erra ni sangat lawa orangnya.










  


Saya rasa adalah penting untuk seorang artis untuk memakai pakaian yang bersesuaian ke majlis award shows, dan harus berwaspada dan ambil tahu mengenai dresscode yang acceptable because Atilia, this is not acceptable. DINCHH!!!

Ok i think this is Salina Saibi. I rasa pereka baju ni nak 'cheating' dan cuba untuk mengGlamourkan lagi dress hitam ini dengan meletak kain bermanik sebegitu. Dan dia nak mengoverkan lagi dress ini dengan belt yang ada bling-bling. But the outcome is a very very bad dress. DINCH!

what a lovely face she has. Carmen Soo sangat cantik, antara amoi yang tercantik di Asia ni. Tapi kenapalah dia pakai sun-dress macam nak pergi picnic on the red carpet? saya tahulah anda tak tercalon but a nice long dress would have been a better look on the red carpet. Oleh itu, saya DINCH.

Pakaian aktres Nabila ni agaknya dibeli dari mana ek? yess anda betul, dekat mana-mana sahaja. Boleh dibeli dari Sg.Wang, TimesSquare, Komtar, Fajar, just anywhere! dan apahalnya dengan tali ikat kepala tu? indie ke? hippie ke? this is a red carpet event, i pasti korang pun rasa dia berpakain tidak kena tempat dan seakan sesat. Agaknya baju ni sekadar 'convenience', lepas majlis tu bolehlah lari cepat2 ke kelab malam di Heritage Row. DINCHHHH!

No comments:

Post a Comment